Peneraju Tunas
Teras 1: Peneraju Tunas

Tujuan utama program biasiswa Peneraju Tunas adalah bertujuan untuk memastikan bakat-bakat modal insan dari persekitaran yang mencabar dan/atau dari golongan berpendapatan rendah dan pertengahan mendapat akses kepada peluang pendidikan berkualiti berdasarkan keperluan pembangunan negara menerusi penempatan di institusi-institusi yang sesuai dan yang mempunyai struktur pembangunan modal insan yang meningkatkan dan juga menguatkan kemahiran insaniah dan kepimpinan.

Peneraju Tunas menyasarkan pemupukkan dan pembangunan bakat-bakat melalui program berstruktur untuk membolehkan pemaksimuman potensi pelajar-pelajar dan penyediaan peluang termasuk bimbingan pemupukkan dan inisiatif-inisiatif sokongan. Teras Peneraju Tunas ini akan menyediakan biasiswa untuk para pelajar dalam pelbagai bidang terutamanya dalam kursus yang membawa kepada bidang pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Sejajar dengan aspirasi program, Peneraju Tunas akan memastikan yang bakat-bakat tersebut akan meneruskan penglibatan secara langsung dengan komuniti dan memastikan yang aliran bakat ini akan berterusan.

1. Peneraju Tunas Geliga

Peringkat Sekolah Rendah ke Sekolah Menengah – pelajar berprestasi sederhana berpotensi dari latarbelakang keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana akan disalurkan ke sekolah yang berkualiti tinggi.

Sila klik di sini untuk MAKLUMAT LANJUT mengenai program biasiswa Peneraju Tunas Geliga.

Pendaftaran dibuka mulai 15 September 2013 sehingga 11 Oktober 2013.

2. Peneraju Tunas Iltizam

Program Peneraju Tunas Iltizam merangkumi program-program tajaan kemahiran dan vokasional untuk remaja berusia 17-19 tahun. Terdapat pelbagai program yang ditawarkan di bawah Peneraju Tunas Iltizam yang meliputi industri minyak dan gas, pelancongan, pelabuhan, perkapalan dan sebagainya.

Syarat-syarat Kelayakan:
1. Bumiputera warganegara Malaysia
     - Berumur 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun semasa memohon
2. Latarbelakang mencabar
     - Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
3. Mempunyai minat, boleh membaca dan menulis
4. Berkeyakinan dan mempunyai peribadi yang baik

Pendaftaran untuk program ini adalah dibuka sepanjang tahun. Untuk mendaftar, sila klik di sini bagi memuat turun borang pendaftaran.

PERHATIAN: Sila pastikan maklumat yang diberi adalah tepat bagi memudahkan pihak YPPB untuk menghubungi anda apabila pengambilan program sudah dibuka.

3. Peneraju Tunas Potensi

Program ini merupakan satu program biasiswa untuk pelajar lepasan SPM/STPM yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latarbelakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti.

Sebagai pemegang biasiswa Peneraju Tunas Potensi, pelajar terpilih akan mendapat:

Sila klik di sini untuk MAKLUMAT LANJUT mengenai Peneraju Tunas Potensi.

Pendaftaran seterusnya untuk program ini akan dibuka pada bulan April 2015.